Pages

Wednesday, February 9, 2011

Masihkah Kau Ingat

Masihkah kau ingat. Ingatkah? Sebelum pandai menekan papan kekunci, mengketik tetikus dan mengguling-gulingkan scroll tetikus. Kamu tidak akan tahu kesemua itu melainkan bapak kamu seorang hartawan yang mampu membelikan kamu sebuah perabot seakan-akan sebuah TV, kotak yang mempunyai punat-punat dan kalkulator besar punye berserta sebiji benda seakan-akan gasing yang mempunyai guli dibawahnya.


Perkara ini mungkin terjadi sekiranya kamu lahir pada era zaman kegemilangan Mokhtar Dahari sekitar 80'an dan zaman kegemilangan Sidek bersaudara iaitu pada awal 90'an. Pada ketika itu, kanak-kanak hanya mengenali apa itu gasing, daun terup (main tepuk), guli, layang-layang, konda-kondi, lastik, belon busuk, pistol peluru merah, pistol air, pistol melekat, kad lawan, rondes (baseball kampung), polis entri (police & thieft), aci kejar, aci duduk, aci nyorok, tuju selipar, zero point dan banyak lagi-lagi-lagilah.

Gasing
 
Guli (aka guli susu)
 
Belon busuk
 
Pistol Air

Kad lawan 

Itu semua merupakan permainan ketika kecil bagi mereka yang kini mungkin berumur lingkungan 20++ tahun hinggalah 30++ tahun. Bagi yang berada sikit, dekat rumah mungkin ada game seakan-akan SonyPlayStation ataupun PSP yang pemes sangat-sangat sekarang. Zaman sebelum ni orang panggil Video Game, Atari, Western Bar, Brick Game dan banyak lagi-lagi-lagilah.

Video Game (aka Micro Genius Console)

 Western Bar

 Brick Game

Dan kalaulah dah ade Video Game, kompom akan selalu main game Contra, Super Mario, Street Fighter, Load Runner, Super Tank, Road Fighter, Donkey Kong, Olympics, Bomberman dan banyak lagi-lagi-lagilah. Sekarang pun masih ada lagi game-game ni tapi budak sekarang jarang dah nak main. Dorang dah ader DoTA, PES, GTA, Need For Speed dan banyak lagi-lagi-lagilah. Mana nak layan game dolu-dolu ni dah.

Contra
 
Super Mario

 Street Fighter

Load Runner

Donkey Kong

 Bomberman

Dan selepas penat, letih, lemah, duduk depan TV pulak tengok cerita-cerita kartun atau fiksyen yang selalunya diimport dari Jepun. Gaban (polis angkasa), Doraemon, Ultraman, Satria Baja Hitam (aka Kamen Rider), Thundercats, Power Rangers, Transformer, Cybercop, Dragon Ball dan banyak lagi-lagi-lagilah. Memang layan zaman-zaman tu walau merepek bagai. 


 Gaban

 Doraemon

 Ultraman

 Satria Baja Hitam

Thundercats

 Power Rangers

Cybercop

Dragon Ball Z

Memang kenangan terindah zaman kecik-kecik, zaman kanak-kanak, zaman budak-budak, zaman dolu-dolu ni. Zaman ni takde lagi rempit tahap cipan. Bawak basikal laju-laju pon xpe. Sbb zaman ni yang bawak motor bapak orang, mak orang dan ader la abang atau kakak. Tu pun bawak dengan berhemah. Tapi sekarang, budak tadika pon leh bawak motor. Bukan 20km/j, tapi 70km/j dan siap willy lagi. Mak bapak dorang ni xkisah ke ape, pelik sungguh.

Kalau zaman dolu-dolu, yang budak-budak teringin nak isap rokok kene isap senyap-senyap. Menyorok kat kebun sawit, rumah xsiap, rumah kosong atau pun time kubang. Rokok dapat pun sbb cilok bapak punye time tgh tidur.  Tapi sekarang, depan org tua selambe je isap. Rase nak kasik pelempang dengan penyepak, tapi apakan daya. Kang abes kete baru kene calar plak. Pelik sangat-sangat bila dunia dah maju.

Kalaulah pintu Doraemon betul-betul wujud, mmg nak balik kat zaman dolu-dolu ni. Seronok sangat-sangat-sangatlah. Zaman dolu-dolu ni lah yang dapat dijadikan kenangan dan pengalaman untuk kita cerita kat bakal anak-anak atau cucu-cucu kita masa akan datang. Betapa indahnya zaman dolu-dolu ni. 

Masihkah kau ingat.
 

Monday, February 7, 2011

Percubaan Pertama

Ehem. Ehem. Salam sejahtera..Salam bahagia..Salam 1Malaysia.
Cubaan pertama, oh rasa terharu kerana berjaya meng-"created" sebuah blog setelah hampir 1.5 dekad berkecimpung didalam arena perkembangan "IT" yang serba canggih-manggih ini.


 Demi merealisasikan matlamat mendapat A a.k.a 4 flat didalam modul "Human-Computer Interaction", terpaksalah bertungkus-lumus men-"design" satu blog yang mempunyai ciri-ciri seperti :-

* cantik *
* menarik *
* lawa *
* cun *
  *penuh bergaya *
* hangat *
* hot *
* gojes (spelling error) *
* etc = carik kamus *

Blog ini belum siap sepenuhnya kerana masih lagi terkapai-kapai mencari idea yang bernas, hebat, power bagi menarik hati pensyarah yang berkenaan. 
Tunggu........